PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (malaysiakini.com)
PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (malaysiakini.com)

dakwatuna.com – Malaysia. Laman Facebook PM Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak, telah dibanjiri dengan mesej “#najibletakjawatan” (#najiblepasjabatan) sejak semalam, setelah pengumuman penggantian wakilnya (Wakil PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam posting Najib mengenai susunan kabinet barunya, ruangan komen dibanjiri hampir keseluruhannya dengan komentar yang sama: #najibletakjawatan. Sehingga pagi ini, terdapat sejumlah 34,952 komen, kebanyakan dengan hashtag #najibletakjawatan. Post ini juga mendapat 16,926 ‘likes’.

Beberapa penyokong Najib berusaha untuk menangani kebanjiran spam itu dengan hastag “#WeSupportYouNajibRazak”. Tuntutan pengunduran diri PM Najib semakin mengemuka, terutama setelah kasus skandal korupsi proyek 1MDB melibatkan dirinya. (malaysiakini/rem/dakwatuna)